29.10.20

Apa jadi dengan Eropah ketika Black Plague?

 


 

Pengenalan

Eropah sebelum memasuki pertengahan abad ke-14 hanya diserang oleh penyakit-penyakit biasa yang tidak memudaratkan penduduk di benua itu sepenuhnya. Namun menjelang sekitar tahun 1339 di barat laut Eropah, peningkatan jumlah penduduk yang memuncak menyebabkan berlakunya pengurangan jumlah bekalan makanan dan krisis sekonomi yang teruk. 

Ditambah lagi dengan iklim cuaca dan persekitaran yang tidak konsisten iaitu musim sejuk yang sangat sejuk dan musim panas yang mengakibatkan kemarau. Situasi ini menyebabkan tanaman dan penternakan mati, menjadikan hampir keseluruhan kawasan utama di Eropah mengalami kekurangan bekalan makanan. Fenomena tersebut menyebabkan inflasi yang berlaku seperti keadaan yang biasa sahaja di Eropah namun, keadaan mula membimbangkan bagi penduduk Eropah apabila berlakunya kebuluran sekitar tahun 1339 sehingga tahun 1346.


 

Kematian penduduk yang berlaku sepanjang tujuh tahun tersebut adalah disebabkan oleh kelaparan yang juga dikenali sebaga famine, kemudianya menjadi mimpi buruk kepada benua tersebut apabila pandemik yang dikenali sebagai Black Plague telah mula merebak ke seluruh Eropah Barat pada awal tahun 1346. Wabak penyakit ini yang juga dikenali sebagai Black Death merupakan satu wabak besar yang paling dahsyat dalam sejarah manusia kerana telah mengakibatkan 75 hingga 200 juta orang terkorban terutamanya di wilayah Eurasia dan memuncak di Eropah sehingga tahun 1952. 

Penyakit ini diramalkan berasal dari dataran kering di Asia tengah yang dibawa oleh penggembara sepanjang jalan Silk, kemudiannya memasuki wilayah Crimea pada tahun 1343. Sarjana dan pakar perubatan moden berpendapat bahawa penyakit tersebut berkemungkinan virus dari penyakit tersebut berkemungkinan dibawa oleh kutu yang tinggal dalam badan tikus hitam yang menggembara di atas kapal dagang, kemudiannya tersebar keseluruh wilayah Mediterranean dan Eropah. 

Definisi Black Death

Nama penyakit Black Plague atau Black Death itu belum pernah didengar sehinggalah pada abad kelapan belas, walaupun ungkapan serupa sering berlaku pada wabak lain pada masa lalu.  Penggunaan istilah pertama untuk wabak pada tahun 1348 yang direkodkan adalah merujuk kepada swarta doden di Sweden pada tahun 1555. Kira-kira lima puluh tahun kemudian, wabak penyakit tersebut muncul di Denmark dan dikenali sebagai sorte dod.  Cardinal Gasquet percaya bahawa sekurang-kurangnya di negara England, nama black plague mula digunakan beberapa kali ketika selepas tahun 1665 untuk membezakan wabak abad keempat belas dari wabak besar yang merosakkan Carolean London.

Di Perancis penyakit ini pernah disebut sebagai morte bleue. Penjelasan yang paling munasabah adalah bahawa ianya berasal dari terjemahan literal orang Scandinavia atau Inggeris dari Latin iaitu pestis atra atau atra mors. Bahkan pada abad keempat belas, perkataan 'atra' dapat menunjukkan situasi yang 'mengerikan' atau 'menakutkan' dan juga situasi yang 'hitam'. Tetapi setelah berlakunya kesalahan penerapan maka semua alasan lain untuk mengaitkan 'Hitam' dengan 'Kematian' pasti menyumbang untuk menjadikannya istilah umum yang dikenal sebagai black plague pada hari ini.  Catatan kontemporari sangat konsisten dalam memperihalkan symptom dan penampilan fizikal penyakit ini. Tentunya gejala yang paling kerap diperhatikan adalah simptom yang paling dramatik seperti bubu atau bisul, kadang-kadang juga digambarkan sebagai bentuk tombol, kernel, hempedu, blaines, lepuh, jerawat atau wheals yang merupakan seupa dengan wabak bubonic.

 

 
Doktor semasa abad pertengahan berhadapan dengan situasi di mana sebilangan besar orang mati secara tiba-tiba di kawasan tertentu. Zon kematian ini berubah secara berterusan tetapi secara beransur-ansur menyerang wilayah baru dan meninggalkan kesan yang agak lama. Perebakan wabak penyakit ini juga boleh berlaku menerusi jangkitan ke atas persekitaran udara yang kotor yang bergerak perlahan dari satu tempat ke tempat lain yang dibawa oleh angin. Situasi tersebut ini juga dipercayai sebagai miasma namun tidak ada satupun sarjana yang mampu memberi gambaran yang jelas mengenai sifat atau fizikalnya. Terdapat banyak sudut pandangan yang berbeza mengenai sifat ancaman udara/miasma ini terutamanya mengenai asal usul atau penampilan fizikalnya. Disebabkan itu hampir setiap orang atau doktor pada abad ke-14 menganggap bahawa miasma adalah penyebab utama Black Death.

Profesor Jorge telah menyatakan bahawa peranannya sebagai seorang yang mengkaji mengenai wabak penyakit kecuali pada tahap awal wabak yang mana ramai orang menganggapnya tidak penting, menjadikan orang Eropah telah leka mengenai bahayanya wabak penyakit ini pada waktu itu dan bahawa kekurangan rujukan terhadap Black Death dalam kisah-kisah kontemporari mengenai Black Death menunjukkan bahawa jangkitan itu bergantung terutamanya pada alat-alat pengangkutan lain. Beliau percaya bahawa Pulex iritan, iaitu sejenis kutu yang menjadikan manusia sebagai mangsa mampu membawa wabak itu dari manusia ke manusia tanpa campur tangan daripada tikus yang dijangkiti. Menerusi teori perubatan, pendapat ini adalah diragui kerana kutu Pulex iritan hanya dilihat sebagai faktor tambahan dalam penyebaran penyakit ini kerana keupayaannya untuk menelan bakteria bacilli dalam jumlah yang cukup dari satu orang sehingga dapat menanamkan dos yang fatal pada masa berikutnya telah banyak dipertanyakan oleh sarjana yang seterusnya.


Impak Black Death

Disebabkan doktor dan para penyembuh pada abad ke-14 tidak dapat menjelaskan penyebab Black Death, ramai orang Eropah menganggap ia sebagai kekuatan ghaib, gempa bumi, konspirasi jahat, dan benda-benda lain sebagai sebab yang mungkin timbulnya wabak itu. Tidak ada seorang pun pada abad ke-14 yang menganggap tikus adalah punca penyebaran wabak, dan orang-orang mulai percaya hanya kemarahan Tuhan yang dapat menghasilkan penderitaan dan kematian yang mengerikan dengan memberikan manusia wabak penyakit tersebut. Giovanni Boccaccio yang merupakan seorang penulis dan penyair Itali pada zaman itu, mempersoalkan adakah wabak itu dihantar oleh Tuhan untuk membetulkan mereka, ataupun ia datang melalui pengaruh badan-badan surgawi. Orang Kristian menuduh orang Yahudi meracuni bekalan air awam dalam usaha untuk merosakkan peradaban Eropah. Penyebaran khabar angin ini menyebabkan kehancuran di seluruh bandar Yahudi. Pada Februari 1349, seramai 2000 orang Yahudi dibunuh di Strasbourg. Pada bulan Ogos dalam tahun yang sama, komuniti Yahudi di Mainz dan Cologne telah dibunuh ekoran dari khabar palsu tersebut.



    Semangat dan fanatisme agama yang baru mula muncul setelah penularan wabak Black Death. Sebilangan orang Eropah mensasarkan "kumpulan seperti Yahudi, friyars, orang asing, pengemis, jemaah haji", penghidap kusta dan orang Romani kerana mereka menganggap bahawa golongan tersebut harus dipersalahkan atas krisis tersebut.  Perbezaan amalan budaya dan gaya hidup juga menyebabkan berlakunya penganiayaan. Ketika wabak melanda seluruh Eropah pada pertengahan abad ke-14 yang memusnahkan lebih dari separuh penduduk Eropah, orang Yahudi telah dijadikan sebagai kambing hitam, yang kemudiannya mendorong kepada penganiyaan dan pembantaian bangsa tersebut. Manakala sebahagiannya kerana pula yang terselamat yang bukan disebabkan oleh pembantaian oleh orang Eropah dan tidak juga terjejas oleh penyakit adalah disebabkan oleh tahap kebersihan yang lebih baik di kalangan komuniti Yahudi dan pengasingan di ghetto yang bermaksud bahawa orang Yahudi kurang terjejas.

Kemerosotan pembangunan di Eropah berlaku apabila sebagian besar raja telah menerapkan langkah-langkah yang melarang eksport bahan makanan, mengutuk spekulator pasar gelap, menetapkan kawalan harga pada biji-bijian, dan melarang penangkapan ikan pada skala besar. Paling teruk, tindakan mereka telah menyumbang kepada putaran ekonomi menerusi trend ke bawah di seluruh benua. Tanah-tanah yang paling teruk dilanda seperti Inggeris tidak dapat membeli biji-bijian di luar negeri dari Perancis kerana larangan tersebut dan dari kebanyakan pengeluar bijirin yang lain kerana kegagalan tanaman yang disebabkan oleh kekurangan tenaga kerja. Sebarang bijirin yang dapat dipasarkan akhirnya diambil oleh perompak atau penjarah untuk dijual di pasar gelap. Sementara itu, banyak negara terbesar terutamanya Inggris dan Scotland telah berperang dan menghabiskan banyak harta mereka yang menjadi pemangkin kepada memperburukkan lagi kadar inflasi di Eropah.

Walaupun jumlah kematian yang tepat tidak mungkin dihitung dalam tempoh 650 tahun selepas bencana, namun dianggarkan bahawa satu pertiga hingga setengah dari mereka yang mendiami Eropah telah terbunuh oleh Maut Hitam.  Namun, ini adalah anggaran keseluruhan dan angka kematian di kawasan setempat berkisar antara satu perlima hingga sembilan persepuluh.  Penyusun kronik berbangsa Siene iaitu Agnolo di Tura mencatatkan bahawa begitu banyak manusia yang mati sehingga semua orang percaya bahawa ianya adalah zaman pengakhiran dunia." Sebenarnya, jika lebih rendah dianggarkan populasi yang mati adalah tepat, ini bermaksud kira-kira 20 juta orang Eropah mati, dan jika setengahnya pula adalah betul, maka kira-kira sebanyak 30 juta mati.  Di kota Avignon, seramai 400 orang mati setiap hari, 800 orang di Paris, serta 500 sehingga 600 orang di Pisa dan Vienna.  Bilangan kematiannya adalah sangat besar sehingga tidak dapat diteliti dengan lebih tepat. Kematian begitu besar sehingga seringkali tidak ada pendeta yang cukup untuk melaksanakan upacara terakhir kepada orang sakit.

Di Eropah Timur, ketetapan undang-undang yang diperbaharui telah mengikat penduduk petani yang masih hidup dengan lebih erat ke tanah daripada sebelumnya melalui pemerintahan. Peristiwa black plague kurang berpengaruh di Eropah Timur yang berpenduduk jarang dan disebabkan itu juga, pemberontakan petani jarang berlaku pada abad ke-14 dan ke-15, dan tidak berlaku di timur hingga abad ke-16 hingga ke-19.  Oleh kerana diyakini sebahagiannya menyebabkan pergolakan sosial di Eropah Barat antara abad ke-14 dan ke-15, ada yang melihat Black Death sebagai faktor dalam Renaissance dan bahkan Reformasi di Eropah Barat. Oleh itu, para sejarawan telah menyebut kesan wabak yang lebih kecil sebagai faktor penyumbang kegagalan Eropah Timur untuk mengalami salah satu pergerakan ini pada skala yang serupa. Black Death dipandang sebagai sebahagian faktor yang bertanggung jawab atas ketinggalan Eropah Timur dalam kemajuan ilmiah dan falsafah, serta dalam gerakan untuk meliberalisasikan pemerintahan dengan menyekat kekuasaan raja dan bangsawan.

Selepas wujudnya wabak Black Death ini, cara penyembuhan sering didasarkan pada pemahaman agama seperti membunuh dan memotong ular (dikaitkan dengan syaitan) dan menggosok potongan pada tubuh seseorang dengan kepercayaan bahawa "kejahatan" penyakit itu akan ditarik ke keluar dan pindah ke dalam ular mati. Meminum ramuan yang diperbuat daripada tanduk unicorn juga dianggap berkesan kerana unicorn dikaitkan dengan Yesus dan kesucian.

Udara yang tercemar (miasma) dianggap terhasil disebabkan oleh penjajaran planet atau kekuatan ghaib (biasanya setan) dan kemudianya dihalau keluar dari rumah menggunakan dupa atau membakar jerami dan membawa bunga atau ramuan berbau manis kepada orang yang dijangkiti (suatu amalan yang disebut dalam sajak anak-anak "Ring Around Rosie"). Pesakit juga mengasapkan diri mereka dengan duduk di dekat api panas atau kolam, atau lubang yang digunakan untuk membuang kumbahan kerana mereka percaya bahawa "udara buruk" dalam tubuh seseorang akan ditarik oleh udara kumbahan yang berbau teruk. Orang-orang di bandar-bandar, lebih-lebih lagi golongan atasan yang kaya bertindak melarikan diri ke vila-vila mereka di luar bandar sementara orang-orang miskin dan petani sering meninggalkan tanah mereka di kawasan luar bandar untuk ke bandar di mana mereka berharap dapat mendapatkan rawatan perubatan dan makanan yang lebih baik. Walaupun selepas wabak itu menular, orang masih meninggalkan bandar atau wilayah yang dikuarantin dan tindakan mereka sebenarnya telah menyebarkan penyakit lebih cepat.

Kesimpulan

Black Death adalah peristiwa bersejarah yang sangat besar memberi kesan yang kepada pelbagai perkara. Pengaruh tidak langsung terhadap sejarah adalah signifikan dan menimbulkan banyak spekulasi mengenai apa yang mungkin berlaku sekiranya tidak ada Black Death. Kesan wabak lebih besar di England daripada negara Eropah yang lain. Black Death memberi tamparan hebat kepada sistem feudal yang sudah lemah sehingga kehilangan banyak makna dalam dua generasi dan telah hilang sepenuhnya dalam 150 tahun. Di benua Eropah, sistem ini lebih kaku dan berlarutan selama berabad-abad, memberi jalan kepada pemerintahan monarki dan bentuk pemerintahan lain. Black Death mempercepat perubahan sosial dan ekonomi pada abad ke-14 dan ke-15. 

Rujukan

Andrew Cliff and Matthew Smallman-Raynor. 2013. Oxford Textbook of Infectious Disease Control: A Geographical Analysis from Medieval Quarantine to Global Eradication. England: Oxford University Press.

Anna Louise DesOrmeaux. 2007. The Black Death and Its Effect On Fourteenth-And Fifteenth-Century Art. LSU Master's Theses. United States of America: Louisiana State University and Agricultural and Mechanical College.

B. Lee Ligon. 2006. Plague: A Review of its Historyand Potential as a Biological Weapon.Dalam:http://cbm.msoe.edu/includes/pdf/smart2012/PlagueReviewHistoryBiologicalWeapon.pdf .

Barbara A. Hanawalt. 1984. "Centuries of Transition: England in the Later Middle Ages," in Richard Schlatter, ed., Recent Views on British History, Essays on Historical Writing since 1966. United States of America: Rutgers University Press.

Barbara W. Tuchman. 1978. A Distant Mirror: The Calamitous 14th Century. New York: Alfred A. Knopf.

Birsen Bulmus. 2012. Plague, Quarentines and Geopolitics in the Ottoman Empire. Scotland: Edinburgh University Press.

Black Death. 2011. An Overview about the History about the Black plague in Europe at the 14th. Dalam: https://resources.saylor.org/wwwresources/archived/site/wp-content/uploads/2011/06/Black-Death.pdf .





Apa jadi dengan Eropah ketika Black Plague?

    Pengenalan Eropah sebelum memasuki pertengahan abad ke-14 hanya diserang oleh penyakit-penyakit biasa yang tidak memudaratkan penduduk d...