Apa jadi di Amazon?
Kenapa kita lambat tahu pasal kes kebakaran di Amazon? Sejauh mana teruknya kebakaran di sana? Kami cuba ringkaskan menurut laporan-laporan media setakat ini.
Kredit: Mic.com |
Kenapa terbakar?
Hanya beberapa hari selepas kebakaran berlangsung dan kota Sao Paulo di Brazil gelap dilitupi asap tebal, barulah kita di Malaysia tahu mengenai betapa teruknya kebakaran hutan di Amazon.
Kredit: Daily Hive |
Lebih memburukkan lagi apabila kerajaan Brazil di bawah pimpinan Bolsonaro enggan meneruskan lagi perlindungan terhadap hutan Amazon. Beliau melihat hutan Amazon lebih baik dimajukan untuk 'kesejahteraan' ekonomi pertanian Brazil.
Pada tahun ini, peratusan kebakaran hutan meningkat 85% berbanding tahun-tahun sebelumnya. Ketidakpedulian Bolsanaro menyuburkan keberanian para petani dan pembalak untuk merakus kehijauan Amazon.
Kredit: Daily Express |
Kenapa dunia marah?
Hutan Amazon adalah sudut estetika alam sekitar yang unik dan mistikal. 20% daripada sumber oksigen dunia diperoleh dari 'paru-paru dunia' Brazil ini.
Ini merunsingkan penduduk dunia kerana bukan sahaja pembalakan berterusan yang kronik dan pembakaran daripada kelompok petani yang miskin untuk guna tanah, Amazon menjadi habitat haiwan yang mungkin sudah pupus di tempat lain.
Ditambah lagi dengan penyebaran beberapa gambar bangkai haiwan yang mati terbakar, hati-hati penduduk dunia juga terbakar akibat polisi Bolsanaro.
Lepas tu, 'tree'?
Kepulan awan yang membasah pohon yang sedang merentung digelakkan warganet (dengan niat yang baik) bahawa oleh kerana tiada manusia mampu berbuat apa-apa, maka Tuhan tolong padamkan.
Namun kepulan awan itu nampaknya tidak cukup untuk melawan ketamakan manusia. Presiden Bolsonaro mengarahkan tenteranya 'melawan' kebakaran Amazon.
Suatu yang menarik apabila tentera dihantar untuk melawan api dan bukannya pihak bomba. Apakah keputusan U-turn yang diambil Bolsanaro ini kerja Tuhan? Mungkin.
Kredit: Reddit |
Media melaporkan bahawa tindakan ini diambil oleh Bolsonaro adalah kesan daripada ancaman dan tekanan perdagangan dari EU. Tekanan daripada Merkel (Jerman) dan Macron (Perancis) menundukkan Bolsanaro untuk segera mengambil tindakan yang perlu demi pengurusan bencana kebakaran ini.
Apa salahnya Bolsanaro?
Kami membawakan suara neutral, bererti amat penting untuk membicarakan hujah Bolsanaro.
Bolsanaro melihat Amazon sebagai suatu ruang yang amat sesuai untuk dibangunkan. Potensi ekonominya sebagai kawasan penempatan, pembinaan empangan hidroelekrik dan boleh menjadi lebih dari sekadar hutan.
Bolsanaro. Kredit: wikimedia |
Beliau sedar tindakan ini akan ditentang khususnya oleh kumpulan pro-alam sekitar dan orang Asli Amazon yang tinggal di sekitar kawasan indah tersebut. Namun ia dianggap suatu keperluan drastik demi menyelamatkan Amerika Latin dari keadaan ekonomi yang 'stagnant'.
Kejap... Palsu?
Ini juga dapatan yang menarik perhatian kami. Kebanyakan gambar yang dikongsi ramai adalah gambar lama. Ya, kebakaran di Amazon memang berlaku. Namun gambar tersebut tidak diambil pada tahun ini. Misalnya, gambar arnab malang yang ditemui sebaris dengan hashtag #PrayforAmazonas:
Kredit: AFP Fact Check |
Rujukan:
Susan Scutti, "Here's what we know about the fires in the Amazon rainforest", CNN.com, 24 Ogos 2019, https://edition.cnn.com/2019/08/23/americas/amazon-wildfires-411/index.html
Matt Simon, 'The Horrifying Science of the Deforestation Fueling Amazon Fires', Wired.com, 23 Ogos 2019, https://www.wired.com/story/the-horrifying-science-of-the-deforestation-fueling-amazon-fires/
Aylin Woodward, 'The Amazon Is Burning at a Record Rate, And The Devastation Can Be Seen From Space', Science Alert.com, 22 Ogos 2019, https://www.sciencealert.com/the-amazon-is-burning-at-a-record-rate-and-parts-were-intentionally-set-alight
Aurora Bosotti, 'Amazon rainforest fire: Merkel and Macron plotting censored as hand cuts off camera feed', Express.co.uk, 25 Ogos 2019, https://www.express.co.uk/news/world/1169900/Amazon-rainforest-fire-Merkel-Macron-Brazil-Jair-Bolsonaro-G7-Summit-live-feed-latest
Jon Stone, 'Emmanuel Macron says he will block EU trade deal with Brazil over Amazon forest fires', Independent.co, https://www.independent.co.uk/news/world/europe/macron-amazon-forest-fires-veto-mercosur-eu-trade-deal-brazil-a9076181.html
'Amazon fires: Bolsonaro sends army after EU threat on trade deal', AlJazeera.com, 24 Ogos 2019, https://www.aljazeera.com/news/2019/08/brazil-bolsonaro-sends-army-fight-amazon-fires-190823215538767.html
Marina Lopes, Jabin Botsford, 'We see destruction', The Washington Post, 21 Ogos 2019, https://www.washingtonpost.com/graphics/2019/world/amp-stories-bolsonaro-amazon-indigenous-munduruku/?noredirect=on
Tiada ulasan:
Catat Ulasan