Nama Adolf Hitler sememangnya tidak asing lagi dalam
pengetahuan sejarah yang telah diajarkan dalam sistem pendidikan kita. Majoritinya bagi yang beragama Islam, mereka melihat
tindakan Hitler ini sebagai satu jalan penyelesaian terutamanya dalam menghapuskan
bangsa Yahudi daripada terus merosak dan menguasai dunia
Namun, bagi komuniti Yahudi dan Barat, pemikiran yang
cenderung menyokong Hitler adalah dilihat sebagai satu bentuk anti-semitisme. Mereka dimomokkan dengan sejarah lampau yang dianggap
mengaibkan bagi mereka. Sebaliknya, tindakan mereka kini tidak jauh beza dengan
apa yang mereka lakukan terhadap penduduk Palestin di Gaza.
Isu ini menjadi tular apabila graduan
UMS yang hanya dikenali sebagai Feng, telah memuatnaik satu gambar
bersimbolikkan gaya sanjung hormat tentera Nazi beserta kenyataannya yang
menyokong tindakan Hitler menghapuskan Yahudi dan membela penduduk Palestin di
Gaza.
Namun, pos tersebut telahpun dipadam oleh Facebook
disebabkan oleh tidak mengikuti standard komuniti yang telah ditetapkan oleh
mereka. (Padahal ini memperlihatkan ketakutan dan kebencian dari orang Yahudi
ke atas Hitler). Tindakannya menyebabkan sebilangan warganet marah
disebabkan oleh kenyataan yang dilakukan oleh Feng yang tidak mengikut adat
istiadat graduasi, menyebabkan dia dicaci maki di media sosial dan diviralkan
oleh seorang pelajar dari USM, Jefry yang juga bertindak cuba mencemarkan nama
baik UMS.
Menerusi kenyataannya, dia lebih
menyokong kepada pertubuhan Yahudi dan menentang ideologi Nazisme Hitler. Apa
yang mengejutkan majoritinya menyokong kenyataannya untuk menyokong usaha yang
dilakukan oleh Yahudi, serta tindakannya yang dilihat cuba untuk menjatuhkan
kredibiliti universiti ini dengan mengatakan bahawa “kalau betul pun mahasiswa
ni graduan bidang sejarah, lebih baik kau buat lap taik sahaja transkrip tu”.
Dia cuba untuk menentang satu kenyataan menerusi landasan
akademik berdasarkan fakta dan hujahnya, tetapi tidak memperlihatkan rasa
hormat dan menunjukkan tindakan tidak professional dengan menggunakan kata caci
makian.
Atas dasar etika dan hormat menghormati, diharapkan agar
satu permohonan maaf dilakukan kerana kenyataan tersebut menyebabkan nama baik
UMS dan mahasiswa sejarah menjadi buruk walaupun apa yang dilakukan oleh Feng,
adalah tidak kena pada tempatnya.
Adolf Hitler
Walau bagaimanapun, mengapa isu ini
menjadi viral dan menyebabkan huru hara sehingga ke peringkat antara negara.
Ramai yang mengambil serius akan hal ini sehinggakan mereka meminta kenyataan
daripada UMS berkaitan isu ini.
Siapakah Hitler
sebenarnya sehinggakan ianya mampu mewujudkan situasi renggang seperti ini,
walaupun Hitler hanyalah salah satu figur sejarah sahaja? Maka dalam artikel ini akan dijelaskan mengenai identiti
Hitler, dan ideologi yang mempengaruhi dasar ketenteraannya ke atas Yahudi.
Adolf Hitler dilahirkan
pada 20 April 1889 di bandar kecil Austria Braunau bersempadan dengan
negara Jerman pada ketika itu. Adolf Hitler ketika di bangku sekolah adalah murid yang
bijak dan disenangi oleh semua orang di sekolah. Zaman sekolah menengah telah
berubah menjadi lebih sukar buat Adolf hitler apabila banyak saingan berlaku.
Ayahnya mahukan Hitler menyertai perkhidmatan awam Austria
tetapi Adolf Hitler meminati bidang seni, dan ini telah menyebabkan hubungan
Adolf Hitler dengan ayahnya terjejas. Guru sejarah Adolf hitler, iaitu Leopold Potsch telah
menceritakan Adolf Hitler tentang kemenangan Jerman ke atas perancis pada
perang 1870 dan 1871. Sejak saat itu, Adolf Hitler menjadikan Otto Von Bismarck
sebagai wira pertamanya kerana Jasa Bismark yang menyatukan negara bangsa
Jerman
Pada tahun 1909, Hitler mendaftar kepada perkhidmatan
tentera di Austria namun amat membenci berada dalam bidang ketenteraan sehingga
Adolf Hitler tidak mempedulikan panggilan perkhidmatannya. Adolf Hitler telah dipenjarakan selepas kegagalan
pemberontakan Munich pada tahun 1924. Hitler telah memulakan kerjaya politik
beliau pada tahun 1919, dan beliau telah dipengaruhi oleh pemikiran Pan-Jerman.
Menjelang tahun 1924, apabila beliau datang untuk menulis
Mein Kampf, beliau telah membuat kesimpulan bahawa Rusia akan menjadi sasaran
untuk memandu ke Jerman memperoleh Lebensraum. Pandangan Hitler di Rusia pada
tahun-tahun awal ini dipengaruhi oleh Alfred Rosenberg, yang telah menyertai
parti Nazi pada tahun 1920 dan menjadi editor akhbar iaitu Beobachter Volkischer.
Buku tulisan Hitler iaitu 'Mein Kampf' merupakan
manifesto utama 'Lebensraum' iaitu penghuraian akhir program Hitler untuk
mendapatkan Lebensraum berlaku semasa dia menulis Mein Kampf semasa 1924-1925.
Kenapa Hitler Membenci Yahudi.
Menurut Hitler, orang-orang Yahudi tidak bertanggungjawab
bagi segala sesuatu yang tidak disukainya, termasuk seni moden, pornografi dan
pelacuran. Hitler juga mengatakan bahawa orang-orang Yahudi adalah golongan
bangsa yang bertanggungjawab dalam
kekalahan Jerman pada Perang Dunia Pertama.
Menerusi Mein Kampf, Yahudi digelarkan sebagai “THE GREAT
MASTER OF LIES”, “bagi sesiapa yang tidak menyedari kebenaran kenyataan
tersebut, atau tidak mahu untuk mempercayainya, tidak akan pernah mampu untuk
menghulurkan bantuan dalam membantu mewujudkan kebenaran sebenar mengenai
mereka. (Schopenhauer, Mein Kampf, 201)
Hitler juga mendakwa bahawa orang-orang Yahudi, yang hanya
kira-kira 1% daripada penduduk Jerman, perlahan-lahan mengambil alih negara
terebut. Mereka melakukannya dengan mengawal parti politik terbesar di Jerman,
seperti Parti Demokrat Sosial Jerman, juga menguasai syarikat-syarikat
terkemuka dan beberapa akhbar-akhbar di negara Jerman.
Hitler percaya bahawa orang-orang Yahudi telah terlibat
dengan Komunis dalam pakatan bersama untuk mengambil alih dunia. Seperti Henry
Ford, Hitler mendakwa bahawa 75% daripada semua Komunis adalah orang-orang
Yahudi. Hitler berhujah bahawa gabungan orang-orang Yahudi dan Marxist telah
pun berjaya di Rusia dan kini mengancam seluruh Eropah.
Oleh itu, Adolf Hitler telah mengisytiharkan bahawa
keselamatan sesebuah kaum sebahagian besarnya ditentukan oleh saiz Wilayahnya.
Sekiranya beliau diberikan kuasa, Adolf Hitler berjanji untuk menguasai wilayah
Rusia yang baginya akan memberi perlindungan ataupun Ruang Tamu atau Lebensraum
bagi orang-orang Jerman. Lebensraum juga akan membantu mengawal dan memusnahkan
percubaan golongan Yahudi dan Marxsis untuk mengawal Dunia.
Sentimen Anti Yahudi Jerman
Bilangan orang-orang yahudi semakin ramai apabila tentera Jerman menakluki sebahagian soviet union.Penduduk yahudi di poland dibuang ke
madagascar yang selebihnya dijadikan hamba.Pada awal 1942, lebbih 500 000 orang
yahudi di Poland dan Rusia dibunuh.
Gerakan anti-Yahudi dijalankan pada 1933 dengan tindakan
pemulauan perniagaan dan perkhidmatan yang disediakan oleh Yahudi. Malah penyingkiran turut melibatkan mereka
dalam perkhidmatan awam, atau mereka yang mempunyai nenek-datuk berbangsa
Yahudi. Tambah teruk lagi apabila
badan-badan professional seperti doktor, peguam dan lain-lain turut menyingkirkan kakitangan berketurunan
Yahudi. Kerahan tentera yang dijalankan
menyisihkan golongan Yahudi.
Lebih menyedihkan orang Yahudi kehilangan status mereka
sebagai warganegara Jerman dengan adanya Akta Kewarganegaraan Reich dan Akta
bagi Melindungi Darah dan Maruah Jerman pada tahun 1935. Selepas ini perkahwinan antara Yahudi dan Aryan ditegah sama sekali. Ekoran tekanan ke atas mereka, ramai golongan
Yahudi telah berhijrah keluar negeri, menuju ke Palestin, Amerika dan Britain.
Di antara 1939 hingga 1945, tentera Nazi dibantu oleh
kerajaan serta rekrut dari negara yang ditakluki, secara sistematik telah
membunuh sekurang-kurang 11 juta orang (setengah 26 juta) dengan 6 juta adalah
orang-orang Yahudi. Kebanyakan dibunuh
di kem tahanan, ghetto dan pembunuhan beramai-ramai.
Selain digas, ramai mati kebuluran, atau penyakit ketika
bekerja sebagai buruh. Selain Yahudi,
penduduk Poland, mereka yang disyaki komunis atau pembangkang, golongan
homosex, golongan Roman Katolik dan Protestan yang bertelingkah, Roma, golangan
cacat fizikal dan mental, tahanan perang Soviet, Jehovah, gologan gereja
anti-Nazi, golongan kesatuan sekerja, pesakit jiwa dibunuh dalam peristiwa Holocaust.
Orang-orang yang terlibat dalam pembunuhan ini selain
Hitler adalah Staffeinel Schutz, Heinrich Muller, Adolf Eichmann dan Roland Friesler
menerusi Persidangan Wannsee. Kem penghapusan telah ditubuhkan untuk menganjurkan
penghapusan etnik secara sistematik iaitu Belzec (15 000 orang sehari), Sobibor
(20 000 orang sehari) dan Treblinka (25 000 orang sehari).
Anggaran daripada keseluruhan penghapusan etnik daripada
kem-kem penghapusan pada tahun 1942-1945 adalah 11 000 000 orang. Hitler tidak
pernah menunjukkan tanda-tanda penyesalan terhadap kematian tersebut tapi lebih
kesal ke atas kematian tentera Jerman.
Peduduk Yahudi bagi Hitler adalah Orang-orang yang tidak bersifat
'Germanizable' menerusi kaca matanya. Selain itu, Parti Nazi merupakan sebuah
kepimpinan yang berpandangan bahawa penaklukan Jerman di Eropah Timur adalah
wajar.
Ianya juga adalah satu cara untuk mengambil tanah-tanah
dari asli milik Jerman dengan menggunakan kekerasan, dan dengan itu Jerman
mempunyai hak untuk membawa mereka kembali selepas dirampas daripada perjanjian
Verailies yang telah memberi kesan mendalam kepada negara Jerman
Kekalahan Jerman terhadap Soviet Union menyebabkan
kemerosotan terhadap diri dan kekuasaan Hitler. Hitler tidak menerima
kekalahannya dan sering menganggap orang sekelilingnya sebagai pengkhianat. Pada
tahun 1943, Hitler dilanda pelbagai jenis masalah kesihatan seperti kemurungan,
Insomnia, sakit perut, loya, sawan dan cirit birit . Beliau dijaga oleh Dr
Theodor Morell. Hitler juga menderita akibat sakit jantung dan Parkinson yang
disahkan oleh Dr.Karl Brandt.
Pada Januari 1945, tentera Soviet memasuki kawasan Nazi-Jerman. Hitler berpindah ke selatan
Berlin.Beliau tidak mahu ditangkap dan akhirnya memutuskan untuk membunuh diri.
Namun, sejarawan kini banyak yang cuba mencanggah mengenai tindakan Hitler
membunuh diri. Wujud pelbagai teori yang mengatakan bahawa Hitler memalsukan
kematiannya, dan melarikan diri menggunakan kapal selam menuju ke Indonesia.
-Mr. Lolento
*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pandangan keseluruhan para penulis The Sophist.
Rujukan:
Bullock, A. 1975. Hitler: a study in Tyrany. London:
Penguin Books.
Gerhard L. Weinberg. 1994. A world at arms: A Global history of world war II. Oxford: Clarendon Press.
J. C. Fest. 1974. Hitler. London: Weindenfeld and
Nicolson.
M. Dill. 1970. German A modern History. Ann Arbor:
The university of Michigan Press.
W. laquer. 1980. ”Hitler’s
Holocaust: Who knew what, when and how?” Encounter. Jil. No. 1. Julai. Hlm. 6-25.
Murphy, James,
2017. Mein Kampf (My Struggle) By Adolf Hitler. London: Popular UK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan