9.10.19

The English School : Apabila Realist dan Liberal bergabung

Kredit: E-International Relation

The English School adalah istilah yang dicipta pada tahun 1970s untuk menggambarkan masyarakat antarabangsa adalah objek utama analisis yang diilhamkan oleh sekumpulan terutamanya penulis British (Jones 1981; Linklater and Suganami 2006). Antara tokoh-tokoh yang berpengaruh dalam The English School ialah Hedley Bull, Martin Wight, John Vincent and Adam Watson dalam era antara pertengahan 1960s dan hujung 1980s. The English School kekal sebagai satu pendekatan yang amat penting terhadap hubungan antarabangsa walaupun pengaruhnya mungkin lebih banyak di Britain berbanding masyarakat lain seperti yang diajar dalam hubungan antarabangsa.

       First Major Debate merupakan perdebatan yang bersifatsubstansiyang menampilkan perdebatan antara liberalism dengan realism. Perdebatan antara liberalism dan realism berkisahkan pada keupayaan dalam menjawab pertanyaanbagaimana mencegah perang dan mencipta perdamaian. Kemunculan paradigma liberalism adalah selepas perang dunia pertama iaitu pada 1919s. Manakala paradigma realism muncul selepas kegagalan paradigma liberalism dalam menjelaskan perilaku agresif negara pada 1930s.

First Major Debate

The First Major Debate atau dikenali sebagai The First Great Debate merupakan perdebatan yang penting dalam subjek hubungan antarabangsa. The First Major Debate merupakan perdebatan di antara golongan Realism dan golongan Utopian Liberalism terhadap cara untuk mengelakkan peperangan dan mewujudkan keamanan selepas Perang Dunia Pertama.
Bagi golongan Realists, peperangan dapat dielakkan apabila wujudnya balance of power. Hal ini demikian kerana power yang dimiliki oleh sesebuah negara akan dapat menyelaraskan dan menyeimbangkan perbezaan national interests negara-negara lain. Golongan Realists turut berpendapat bahawa power memainkan peranan yang penting dalam memastikan organisasi antarabangsa, undang-undang antarabangsa dan etika dalam aspek hubungan antarabangsa beroperasi dan dipatuhi dengan baik. Peperangan dapat dielakkan dan mewujudkan keamanan apabila wujudnya sesebuah negara yang mempunyai super power agar dapat memberi ganjaran atau hukuman kepada negara-negara yang melanggar undang-undang antarabangsa atau etika dalam aspek hubungan antarabangsa yang telah ditetapkan. 
 
Kredit: Youtube
Bagi golongan Liberalist pula, peperangan dapat dielakkan melalui pembentukan institusi atau organisasi yang bertaraf antarabangsa dan mempunyai negara-negara anggota di serantau dunia. Liberalist memberi pandangan bahawa perlunya mewujudkan undang-undang antarabangsa dan menekankan etika dan moral dalam aspek hubungan antarabangsa agar dapat mengelakkan peperangan berlaku dan menjamin keamanan serantau dunia. Penubuhan  Liga Bangsa-bangsa pada tahun 1920 merupakan satu permulaan bagi golongan Liberalists dalam mengelakkan peperangan. Namun demikian, kegagalan Liga Bangsa-bangsa dalam menghalangkan berlakunya peperangan seperti serangan Jepun terhadap Manchuria atau serangan Italy terhadap Ethiopia telan menyebabkan kemunculan idea Realists yang memberi keutamaan kepada peranan power sesebuah negara.

The English School

English School, iaitu gabungan fahaman antara perspektif realist dan perspektif liberal tentang power, balance of power, undang-undang antarabangsa, peraturan, norma dan institusi yang beroperasi pada peringkat antarabangsa. Namun, English School, tidak bersetuju segala perspektif realist dan liberal, English School adalah bertindak sebagai via media” antara dua perspektif tersebut.
Antara perspektif realist yang disetujui oleh English School adalah wujudnya keadaan anarki pada politik antarabangsa, namun anarki adalah situasi di mana berlakunya reformasi global dalam global politik bukanya keadaan dimana state bersaing untuk pengaruh dan kuasa. Great power juga disetujui oleh tokoh English School bernama Martin Wight bahawa mempunyai peranan yang besar dalam menguatkan dan melaksanakan international order sekiranya tidak meletakkan kepentingan terlebih dahulu daripada tanggungjawab mereka seperti negara Amerika Syarikat. Order juga adalah lebih penting daripada justice dan disetujui oleh English School kerana order boleh mengekalkan keamanan seperti mengelakkan penambahan pemilikan senjata nuklear oleh negara lain manakala justice pula mengatakan setiap state mempunyai hak yang sama untuk memiliki senjata pemusnah seperti nuklear.
 
Kredit: E-International Relation
Selain itu, perspektif liberal tentang taraf state adalah sama, dan menikmati supreme authority ke atas semua subjek disetujui oleh pandangan English School bahawa setiap state boleh menikamti manfaat society sama ada dalam domestik atau antarabangsa tanpa menyerahkan kuasa kedaulatan mereka kepada pihak berkuasa yang lebih tinggi. Pandangan tentang human rights adalah penting juga disetuju oleh John Vincent melalui bukunya Human Rights and International Relations (1986), bahawa hak setiap individu untuk bebas dari kelaparan adalah hak manusia yang patut disetujui oleh state walaupun mempunyai ideologi yang berbeza.
Maka, English School akan selalunya mempunyai dua pihak perspektif kerana kedua-dua perspektif saling bergantung seperti sekiranya ingin meluaskan perlindungan terhadap hak manusia sememangnya tidak boleh bertindak tanpa kewujudan international order.

The English School dan First Major Debate

The English School telah bermula setelah andaian realist berkenaan dengan sistem antarabangsa yang membentuk interaksi antara dua state atau lebih dalam satu masa. The English School menekankan yang kuasa politik dan meletakkan anarki antarabangsa di pusat teori hubungan antarabangsa. Sarjana The English School telah mengambil kelebihan yang ada dalam realist dan liberalist untuk diserapkan dalam teori ini bagi memantapkan lagi keberkesanan teori ini. First Major Debate merupakan kajian terhadap realist dan liberalist manakala The English School merupakan lanjutan daripada First Major Debate. Keadaan ini dapat dilihat bagaimana teori The English School telah menggabungkan pandangan positif daripada realism dan liberalism until dijadikan asas kepada teori The English School itu sendiri. 
Kredit: Robert's Fool

                 English School merupakan salah satu teori yang terdapat dalam kajian hubungan antarabangsa yang mana merupakan hasil daripada analisis First Major Debate. Teori English School telah menggabungkan kesemua pandangan positif dari teori Liberalism dan Realism. Perspektif teori ini berada di antara teori realism dan liberalism. Teori ini berusaha merungkai pandangan-pandangan positif daripada kedua teori ini dan membuat teorinya sendiri. English School mendapati bahawa teori Realist benar dalan pentingnya kuasa dan juga kepentingan state yang mana state yang mempunyai kuasa dapat mempertahankan dan menguatkan kepentingan negara mereka.
                 Melalui teori Liberalism, English School bersetuju bahawa kuasa dan balance of power begitu penting dalam sistem anarki. Sistem antarabangsa tetap wujud walaupun sistem anarki mengungguli pada ketika itu. Hal ini berlaku disebabkan state khuatir tentang konflik yang menyebabkan mereka patuh kepada undang-undang yang ditetapkan untuk mewujudkan keamanan.
      Perdebatan ini melibatkan dua perspektif iaitu realist dan utopian liberalism tentang bagaimana untuk mengelak daripada berlakunya peperangan khususnya selepas Perang Dunia Pertama. The English School pula muncul pada sekitar tahun 1970an juga dijadikan antara satu pendekatan yang penting dalam melihat hubungan antarabangsa. English School merupakan satu gabungan yang dibentuk antara dua perspektif iaitu realist dan liberalist. The English School adalah satu pendekatan di mana kuasa dan undang-undang penting dalam world of sovereign state. English School juga boleh dilihat sebagai lanjutan daripada perdebatan pertama dalam hubungan antarabangsa iaitu The First Major Debate. Hal ini kerana English School menilai dan mengambil idea-idea daripada realist dan liberalist yang menurutnya sesuai dengan keadaan waktu itu.

RUJUKAN

Agus Subagyo. The Great DebateDalam Hubungan Internasional, (n.d.). http://e-journal.kopertis4.or.id/file.php?file=karyailmiah&id=791 diakses pada 20 November 2015.
Baylis. John., Smith. Steve., Owens. Patricia. 2008. The Globalization of World Politics. New York: United States. Oxford New York.
Burchill Scott. 2005. The English School: Theories of International Relations. Third Edition:   Chapter 4. New York: Parlgrave Macmillan.
Buzan, Barry. 2004. From International To World Society? English School Theory and The   Social Structure of Globalization. Cambridge: Cambridge University.
Chris Brown. 2005. Understanding International Relation. Basingstoke: Palsgrave                Macmillan.
Linklater, A. 2005. The English School: Theories of International Relations. 3(4). New York:            Parlgrave Macmillan.
Paul R. Viotti & Mark V. Kauppi. 2012. International Relations Theory: Fifth Edition.      United State: Pearson.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Apa jadi dengan Eropah ketika Black Plague?

    Pengenalan Eropah sebelum memasuki pertengahan abad ke-14 hanya diserang oleh penyakit-penyakit biasa yang tidak memudaratkan penduduk d...