Menurut
Muhammad Syaari Abdul Rahman (2013), “Sultan Muhammad Al-Fateh memahami
kepentingan Konstantinopel. Beliau percaya dengan menjejakkan kaki ke
Konstantinopel, beliau mampu memerintah seluruh dunia”. Kota Konstantinopel
telah berjaya dipertahankan oleh tentera Byzantine bagi tempoh 800 tahun dan
telah berjaya menggagalkan 29 kali percubaan oleh 11 orang pemimpin Islam yang
cuba menawannya sebelum berjaya ditawan oleh Sultam Muhammad Al-Fateh. Kekebalan
pertahanan Kontantinopel ini dinyatakan oleh Pears dalam buku ‘Introduction To
The Fall Of Constantinople’.
“Konstantinopel berkurun menjadi benteng pertahanan
terkuat bagi menghadapi musuh dari Asia. Orang-orang Barat menunjukkan
kesungguhan mereka mengekalkan dan mengukuhkan penguasaan mereka di situ.
Mereka sanggup melakukan sedemikian daripada mengambil risiko memperluaskan
penguasaan mereka ke Asia”.
SEBAIK-BAIK PEMIMPIN
Sultan
Muhammad Al-Fateh telah menghafal 30 juzuk Al-Quran sejak dari kecil lagi dan
baginda tidak pernah meninggalkan solat lima waktu, solat rawatib dan solat
tahajud sejak baligh sehingga baginda mangkak. Solat tahajud adalah kewajipan
yang tidak ditinggalkannya dalam setiap perjuangannya. Baginda juga sering
berpuasa sunat dan akan berpuasa walaupun berada di medan perang.
Sultan
Muhammad Al-Fateh juga akan memastikan para tenteranya mengerjakan solat
fardhu, solat tahajud dan berzikir pada setiap malam sepanjang waktu
peperangan. Ini bagi menguatkan spiritual seseorang pejuang agama dan yakin
dengan pertolongan Allah S.W.T.
Keimanan baginda juga dilihat daripada amalan
sujud syukur yang dilakukannya. Contohnya sebaik sahaja tentera-tentera Islam
berjaya menakluk Konstantinopel, baginda terus melakukan sujud syukur di kota tersebut.
Baginda juga telah mengisytiharkan gereja Aya Sophia ditukarkan peranannya
kepada masjid.
Pada kali
pertama solat jumaat hendak didirikan, timbul masalah siapakah yang layak
menjadi imam. Baginda memerintahkan semua tenteranya termasuk dirinya untuk
berdiri lantas bertanya,"Siapakah antara kita sejak baligh sehingga kini
pernah meninggalkan solat fardu walaupun sekali, sila duduk!”. Tiada seorang
pun yang duduk kerana tiada seorang pun antara mereka pernah meninggalkan solat
fardu.
Beliau bertanya lagi,"Siapakah
antara kita sejak baligh pernah meninggalkan solat rawatib, sila duduk!”.
Sebahagian tenteranya duduk. Kemudian beliau, Sultan Muhammad
Al-Fateh bertanya lagi,"Siapakah antara kita sejak baligh pernah
meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam?”. Kali ini semuanya duduk
kecuali Sultan Muhammad Al-Fateh. Beliau tidak pernah meninggalkan solat
fardu, solat sunat rawatib dan solat tahajud sejak baligh. Baginda adalah
sebaik-baik raja yang telah disyariatkan oleh Rasullulah S.A.W dalam hadisnya.
Sultan Muhammad Al-Fateh sentiasa
bersifat tawaduk (merendah diri). Semasa membina Benteng Rumeli Hissari beliau
membuka baju dan serban hanya semata-mata untuk mengangkat batu dan pasir
tindakan Sultan Muhammad Al-Fateh ini menjadi ikutan ulama dan menteri
untuk turut sama bekerja. Beliau seorang yang tenang, berani, sabar tegas dan
kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Beliau sangat cintakan ulama dan selalu
berbincang dengan mereka perihal permasalahan negara. Pakar ketenteraan
juga diundang untuk memberikan pendedahan ketenteraan kepada beliau.
TEKNOLOGI PERSENJATAAN
Amir Syakib
Arsalan dalam Hadhirul ‘Alamil Islami menyatakan, “Pada waktu itu, penggunaan
meriam adalah teknologi terbaru. Bagi membuat meriam sebesar itu, tenaga pakar
berbangsa Hungary digunakan. Berat bom yang ditembak seberat 300 kilogram. Daya
lemparannya pula dapat mencecah sejauh satu batu. Meriam sebesar itu memerlukan
700 orang untuk menggerakkannya. Bagi memasukkan bom ke dalamnya, ia memerlukan masa dua
jam. Oleh itu, Sultan Muhammad Al-Fateh mengerahkan hampir 3000 orang tentera
bagi membawa meriam itu sahaja.”
Meskipun
Hungary musuh tradisi Uthmaniah, namun Sultan Muhammad Al-Fateh sentiasa
berfikiran jauh. Padanya setiap ancaman itu ada peluang yang seharusnya
direbut. Meriam Uthmaniah adalah bukti kepada kekuatan ketenteraan mereka.
Meriam- meriam Uthmaniah diperbuat daripada gangsa dan dibawa berdekatan dengan
kota menggunakan tenaga ramai manusia di samping penggunaan kerbau dan lembu.
Sultan Muhammad al-Fateh memulakan
angkatan bersenjata tersusun dengan keupayaan memiliki berdozen peledak bom dan
meriam gergasi yang mampu merobek dinding batu kota-kota hebat. Begitu
diceritakan keampuhan meriam itu yang dilengkapi dengan peluru seberat 1400
paun. Sultan Muhammad Al-Fateh mengarahkan dibina peralatan perang termoden
seperti meriam besar yang mampu menembak bom 300 kilogram sejauh satu batu.
Sultan
Muhammad Al- Fateh bukan sekadar pemimpin yang teliti dan mahir menganalisis
ancaman dan cabaran musuh beliau. Baginda turut mampu mengutarakan penyelesaian
bagi mengatasi kekuatan musuh itu. Lebih daripada itu, komitmen beliau ketika
melaksanakan idea yang diputuskan bagi menjadi strategi perjuangan pada masa
itu.
Beliau bukan sekadar mampu mengkritik pelbagai masalah, tetapi juga mampu
mencadangkan penyelesaian dan melaksanakan idea itu. Peristiwa pencipta meriam
Urban menyerlahkan lagi karakter kepimpinan Sultan Muhammad Al- Fateh:-
1.
Peka dengan maklumat yang tepat dan
fakta yang sahih:
- · Kepakaran mencipta senjata berasal dari Hungary. Hampir 100 tahun mereka memusuhi Uthmaniah.
2.
Teliti dan strategi dalam melihat
peluang dan ancaman:
- · Merisik dan masuk sendiri ke dalam Kota Konstatinopel bagi tujuan serampang dua mata:
- Mengenal pasti ketebalan dinding bagi mencipta meriam yang sepadan.
- Mengenalpasti kedudukan penjara saintis Urban.
3.
Memanfaatkan peluang:
- · Mengambil peluang melancarkan misi ke Konstatinopel apabila mendapat maklumat penduduk Byzantine sedang mempertikaikan maharaja mereka.
4.
Kesungguhan dan ketepatan:
- · Menggali lubang bawah tanah sehingga muncul tepat di penjara Urban.
5.
Memberikan ganjaran:
- · Memikat hati musuh dengan memberikan ganjaran kepada Urban.
- K.A
RUJUKAN
Muhammad Syaari Abdul Rahman. Kuasa Kepimpinan
Al-Fateh. 2017. Selangor: PTS Millenia Sdn. Bhd.
Mursi, Muhammad Said. Tokoh-Tokoh Besar Islam Sepanjang
Sejarah. 2008. Jakarta: Pustaka Al-Kautsar.
Nor Asmawati Ismail, et. al, ‘Tokoh Tamadun Islam Sultan
Muhammad Al-Fateh Dipandang Dari Sudut Personaliti’, dalam Proceeding Of The
International Conference on Islamic Civilization And Technology Management,
23-24 November 2019.
Sarkowi, Peranan ‘Muhammad Al-Fatih Dalam Penaklukan
Konstantinopel Tahun 1453 Masihi’, Jurnal Criksetra, Vol. 5, Bil. 10,
2016.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan