Tingkah Laku Seks bebas Dalam Kalangan Remaja Malaysia Menurut Perspektif Teori Pilihan Rasional.
Pendahuluan
Golongan
remaja merupakan satu aset penting bagi meneraju dalam kelangsungan
pembangunan sesebuah negara terutamanya Malaysia. Seiring dengan peredaran
zaman, terdapat pelbagai cabaran dalam membentuk modal insan seperti masalah gejala
sosial dalam kalangan remaja yang semakin meruncing terutamanya masalah
pergaulan bebas yang membawa kepada masalah seks bebas yang merupakan
pelanggaran norma budaya ketimuran dan tuntutan agama. Seks bebas merupakan
tingkah laku yang berpunca daripada keinginan seksual kerana keperluan ini
menjadi lebih bebas jika dibandingkan dengan sistem tradisional masyarakat
setempat dan bertentangan dengan sistem norma yang berlaku dalam masyarakat
(Kartini Kartono, 2006).
Pelbagai faktor boleh dikaitkan terjebaknya remaja
dalam gejala seks bebas seperti teknologi dimana wujudnya website atau laman
sesawang yang menyediakan bahan lucah seperti gambar dan video yang boleh dilayari
mengunakan kamputer riba dan telefon pintar. Seks merupakan perkara yang amat
popular dalam kalangan pengguna internet (Ahmad Rizal dan Mohd Yusof, 2005).
Melalui telefon pintar juga remaja boleh mendapatkan bahan lucah melalui
aplikasi Telegram, Tumblr, dan sebagainya. Hal ini tidak dapat dibendung kerana
pengunaan media sosial secara bebas oleh remaja secara keseluruhan oleh
golongan yang bertanggungjawab seperti ibu bapa dan Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia (SKMM).
Selain itu, faktor lain remaja terjebak dalam gejala
seks bebas berpunca daripada pengaruh rakan sebaya dan motivasi diri remaja itu
sendiri untuk mencuba sesuatu yang baru dalam hidup mereka dan sebagai tanda
protes terhadap tekanan sekeliling.
Perbincangan Teori dan Topik
Teori
Pilihan Rasional merupakan salah satu teori kriminologi yang bersesuaian dalam
perbincangan ini, kerana dimana setiap tingkah laku individu ditentukan rasional
mereka sendiri dengan mengambil kira beberapa faktor utama iaitu keuntungan,
risiko, masa dan tempat. Teori ini telah diperkenalkan oleh seorang ahli
kriminologi Itali iaitu Cesare Beccaria (1738-1798). Ia melibatkan perspektif
utama iaitu sasaran, pemilihan keputusan dan keuntungan atau risiko yang bakal
dihadapi. Pendekatan teori ini lebih tertumpu kepada perspektif penjenayah itu
sendiri (Cornish, D. B., & Clarke, R. V. G., 1986). Perspektif ini
berkaitan bagaimana penjenayah akan membuat keputusannya yang dipengaruhi oleh
faktor persekitaran terhadap sebarang perubahan keputusan yang dilakukan
(Anastasia dan John, 2007).
Kebiasaan remaja akan mempertimbangkan keuntungan dan
risiko untuk melakukan seks bebas seperti diketahui oleh ibu bapa, jiran, pihak
berkuasa dan sebagainya. Kebiasaannya bagi mengelakkan aktiviti mereka dikesan,
remaja akan melakukan aktiviti ini mengikut waktu yang diperkirakan sebagai
sesuai dengan situasi iaitu ketika ketiadaan ibu bapa di rumah atau
melakukannya di hotel bajet, dan kawasan yang sunyi. Selain itu, waktu malam
juga dianggap sangat sesuai untuk melakukan gejala ini. Menurut teori ini,
bahawa golongan remaja telah melakukan pertimbangan mengenai risiko yang bakal
dihadapi.
Namun begitu, dari sudut kesihatan seperti penyakit
berjangkit yang berpunca hubungan seks bebas terdapat sebahagian remaja
mengabaikannya kerana kurang pengetahuan mengenai pendidikan seks dan kaedah
seks selamat menyebabkan berlakunya pertambahan statistik HIV dan AIDS yang
berpunca daripada seks bebas. Hal ini juga menyebabkan pertambahan kes
pembuangan bayi dari tahun ke tahun. Hal ini menunjukkan bahawa remaja tidak
mepertimbangkan kesan yang bakal dihadapi secara rasional namun hanya
memikirkan keuntungan sementara yang membawa kepada risiko masalah lain yang
lebih serius pada jangka masa panjang.
Cadangan
Bagi
menangani gejala ini, setiap golongan perlu memainkan peranan bagi mencegah
gejala ini daripada terus menular dalam kalangan remaja. Ibu bapa perlu
memainkan peranan dalam memberikan kebajian kepada anak-anak mereka berkaitan
kasih saying kerana kurang tumpuan ibu bapa terhadap anak-anak menyebabkan
golongan ini memberontak dengan melibatkan diri dalam gejala sosial. Intervensi
perlu dirangka seperti pemantauan dan rondaan pihak polis dengan kerjasama
Kelab Rukun Tertangga (KRT) setempat. Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang berkaitan
perlu giat melakukan kempen dan program kesedaran mengenai seks bebas dan
kesannya kepada remaja pada jangka masa panjang.
Cadangan intervensi sosial yang sesuai bagi gejala sosial
ini adalah model ‘Stop Now and Plan’ (SNAP) Under 12 Outreach Project yang
menekankan pendekatan multisistematik gabungkan intervensi yang menyasarkan terhadap
kanak-kanak atau remaja, ibu bapa, pihak sekolah dan komuniti termasuklah
protokol polis berpusat untuk memudahkan pemantauan terhadap kanak-kanak dan
remaja yang terlibat dalam gejala antisosial seperti gejala seks bebas ini (Augimari,
L. k., Goldberg, K., & Koegl, C. J., 1999).
Kesimpulan
Kesimpulannya,
melalui Teori Pilihan Rasional ini kita dapat melihat bagaimana remaja membuat
pilihan dalam melakukan jenayah terutamanya dalam gejala seks bebas. Selain
itu, melalui perbincangan ringkas ini juga, dapat kita merangka intervensi bagi
mencegah gejala ini daripada terus menular dalam kalangan remaja. Intervensi
ini juga bukan sekadar untuk remaja tetapi bagi semua peringkat masyarakat
sebagai satu kesedaran bersama dalam memainkan peranan untuk mencegah gejala
ini. Kerjasama semua pihak mampu menangani gejala ini secara berkesan dan tidak
saling menunding jari terhadap sesetengah pihak sahaja.
Rujukan
Ahmad
Rizal dan Mohd Yusof (2005). Internet dan Seks. Seminar Seksual Kebangsaan 2005. Fakulti Pendidikan.
Universiti Malaya: Kuala Lumpur.
Anastasia,
L. S. & John, E. E. (2007). Crime Prevention and Active Living American. Journal of Health Promotion, 21, 380-389.
Augimari,
L. k., Goldberg, K., & Koegel, C. J. (1999). Canadian Children Under 12 committing offenses: police protocol.
Toronto. Earlscourt Child and Family Centre.
Cornish,
D. B., & Clarke, R. V. G. (1986). The reasoning criminal: Rational choice perspectives on offending. New York:
Springer-Verlag.
Kartini
Kartono. (2006). Psikologi Wanita Edisi Ke 6: Mengenal Gadis Remaja dan Wanita Dewasa. Bandung: Mandar Maju.
- Zulfahmi Amirudin, Sosiologi (UMS/UPSI)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan