13.8.19

Ini Kisah Kami

Assalamualaikum kepada pembaca sekalian, 

Setelah beberapa lama duduk di Facebook, kami memutuskan untuk membuka cawangan baharu ke Blogspot pula. Keputusan ini diambil agar kami dapat menulis dengan lebih bebas, terbuka dan lebih terperinci berbanding terbatas dalam kotak hantaran Facebook semata-mata.
 Untuk sesiapa yang baharu sahaja mengenali kami, boleh baca kisah kami: 


Scientia Potestas Est
(Ilmu adalah kuasa)

- Thomas Hobbes (1588-1679)

Page kami, The Sophist lahir dalam perut kesesakan terhadap terlalu banyaknya maklumat yang ditukangi penulis ‘berbakat’.Bakat tidak menjadi salah dalam berkongsi ilmu, tetapi yang salah adalah apabila ia tidak dikupas oleh orang yang bukan dalam bidang tersebut. Oleh demikian, The Sophist merupakan usaha kolektif orang dalam bidangnya untuk membawa sebuah platform laman penghubung keilmuan daripada para pengkaji kepada masyarakat.
Kenapa ‘The Sophist’?
‘The Sophist’ berakar dari perkataan Greek ‘sophia’, yang bermaksud wisdom atau learning. Para Sophist biasanya dikumpulkan sebagai sebuah kelompok individu yang menumpukan pemerhatiannya pada dunia dan bagaimana seseorang manusia seharusnya bertindak.
Kelompok Sophist juga banyak mengkritik keadaan sosial masyarakatnya dan mempunyai kemahiran pengucapan awam yang tinggi. Namun ini adalah konteks abad ke 6 dan 7 sebelum Masihi. Dalam konteks abad ke-21, kami The Sophist menggunakan platform media sosial sebagai cara perkongsian ilmu kepada masyarakat secara percuma.
Penulisan kami juga berteraskan sumber yang sahih, objektif dan neutral. Kami adalah ejen penyebar ilmu yang bebas bergerak dan tidak berkolaborasi dengan mana-mana parti atau gerakan politik mahupun laman media keilmuan lain kecuali dinyatakan secara rasmi oleh pihak kami.
Objektif penubuhan The Sophist?
Kami bergerak atas 4 landasan iaitu:
1. Memperkenalkan ilmu saintifik, objektif dan neutral kepada masyarakat.
Kami percaya bahawa ilmu terbaik adalah ilmu yang telah melalui proses selidik yang ketat, sesuai dengan tatacara displin bidang. Buat apa berkongsi ilmu berbentuk spekulasi dan bersifat wahyu imaginasi kepada masyarakat?
2. Semua tulisan yang diterbitkan dalam laman ini dihasilkan oleh orang yang terlatih dalam bidangnya.
Objektif ini merupakan antara objektif terpenting dalam idealisme kami. Orang-orang kuat The Sophist bukan hanya sekadar minat menulis dan mengkaji, malah telah terlatih dan berpengalaman dalam displin bidang masing-masing.
Seperti objektif pertama tadi; buat apa popular dengan ilmu spekulasi, ditulis oleh bukan ahli bidangnya?
3. Terbuka untuk semua aliran dan cabang bidang.
Kami turut mengalu-alukan sebarang penulisan baharu daripada semua cabang bidang dari apa-apa aliran ideologi sekalipun. Di sini, kita bercakap kerana ilmu.
4. Meraikan kepelbagaian pendapat, pandangan mahupun kritikan tanpa dicemari oleh sentimen politik dan agama.
Butang komen pada setiap hantaran artikel yang dimuatkan dalam laman ini perlu dimanfaatkan atas dasar ilmu, dan semata-mata ilmu.
Kami menulis demi ilmu dan manfaat sejagat, bukan untuk menjadi ‘orang jahat yang cuba-cuba menggugat’ prinsip dan pendapat peribadi anda.


Ingin sumbang artikel? Emelkan pada thesophistteam@gmail.com.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Apa jadi dengan Eropah ketika Black Plague?

    Pengenalan Eropah sebelum memasuki pertengahan abad ke-14 hanya diserang oleh penyakit-penyakit biasa yang tidak memudaratkan penduduk d...