Kredit: Time.com |
Terbinanya negara Malaysia dengan asas perlembangan dan kontrak sosial yang telah dipersetujui bersama pada awal kemerdekaan negara ini. Sejak kemerdekaan negara ini, kita menghadapi pelbagai cabaran untuk memajukan negara ini seperti sekarang. Kemajmukan yang wujud di negara ini merupakan satu keunikan untuk kita mengenal pantang larang atau taboo setiap kaum dan agama yang wujud di negara. Kita belajar mengenai toleransi dan tolak ansur untuk mencapai keharmonian walaupun pernah mempunyai konflik antara kaum. Itu merupakan sejarah yang mengajar kita tentang kemakmuran.
Namun kini, wujud golongan-golongan yang mencabar undang-undang dan perlembagaan negara seperti perlembagaan hanya sebuah kitab kanun yang usang tiada makna sebagai tiang seri negara. Siapakah golongan yang boleh kita labelkan sebagai kumpulan liberal dan sekular ini? Ia merupakan gerakan kumpulan G25 iaitu kumpulan yang menuntut hak autoriti agama Islam di negara ini di kajian semula.
Sejarah penubuhan kumpulan G25 bermula pada 7 Disember 2014 yang terdiri daripada golongan Melayu Islam. Golongan ini terdiri daripada golongan professional, ahli akademik dan penjawat awan yang diangotai oleh 25 orang ahli pada awal penubuhannya dan akhirnya menamakan kumpulan ini dengan kumpulan G25 (G25 2016: 13).
G25 menggelarkan diri mereka sebagai ‘Muslim Moderate’ dan menulis surat secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung beberapa pendapat atau lebih jelas sebagai pendirian mereka tentang beberapa perkara berkaitan sistem perundangan Malaysia, hak institusi agama, pentafsiran hukum fiqh dan teks tanpa sempadan, menghidupkan budaya debat termasuk dalam urusan agama dan banyak lagi (Mohd Hambali Rashid, Siti Suhaila Ihwani et el., 2017).
Kredit: Daily Express |
Gerakan kumpulan ini merupakan satu ancaman terhadap perundangan syariah, pelembagaan negara dan sosial masyarakat Malaysia itu sendiri kerana mereka menentang Rang Undang-Undang 355 (RUU 355) kerana menurut mereka undang-undang mahkamah syariah adalah terhad dalam perlembagaan Malaysia dan akan menimbulkan kekeliruan penguatkuasaan mahkamah sivil dengan mahkamah syariah.
Selain itu, kumpulan ini juga mendesak agama hukuman khalwat dimansuhkan kerana menceroboh hak peribadi individu. Bagi golongan ini, hukum Allah SWT iaitu undang-undang Hudud terlalu ekstremis dan mendesak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dimansuhkan dan akaunnya diaudit semula (Nur Farhana Abdul Rahman & Nur Solehah Shapiee, 2018).
Kredit: ISMAweb |
Pada 11 Januari 2020, kumpulan G25 telah mengkritik undang-undang murtad kerana bagi mereka bahawa seseorang Islam itu yang keluar daripada akidah Islam adalah antara individu itu sendiri dengan Tuhan. Bagi mereka, undang-undang negeri menghukum murtad sama ada denda, penjara atau pemulihan tidak kosistem dengan perlembagaan persekutuan yang menjamin kebebasan beragama (Robin Augustin, 11 Januari 2020).
Menurut Dr. Ahmad Sanusi Azmi memberi maklum balas dengan isu ini bahawa ini adalah kekeliruan yang jelas oleh golongan yang berfikiran Liberal yang memperjuangkan hak kebebasan individu (Dr. Ahmad Sanusi Azmi, 12 Januari 2020).
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan ulama membincangkan isu kritikan kumpulan bekas penjawat awam, G25 berhubung hukuman ke atas individu murtad. Menurutnya, ia kerana perkara tersebut memerlukan pandangan mereka yang pakar dalam soal hukuman dalam agama Islam (Mohd Hafiz Ismail, 11 Januari 2020).
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan ulama membincangkan isu kritikan kumpulan bekas penjawat awam, G25 berhubung hukuman ke atas individu murtad. Menurutnya, ia kerana perkara tersebut memerlukan pandangan mereka yang pakar dalam soal hukuman dalam agama Islam (Mohd Hafiz Ismail, 11 Januari 2020).
Kredit: The Edge Market |
Sebelum ini, buku G25 bertajuk ‘Breaking The Silence: Voices of Moderation – Islam in a Constitutional Democracy’ telah diharamkan namun kerajaan melalui mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy sebagai menteri perpaduan telah mebatalkan pengharam tersebut atas dasar menghormati Perkara 19 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Free Malaysia Today, 17 Disember 2019).
Ini menunjukkan satu keputusan ini tidak menghormati perlembagaan negara iaitu Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama bagi Persekutuan. Namun begitu agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan (Nazri Muslim dan Ahmad Hidayat Buang, 2012).
Menurut Islam, ketetapan hukuman bunuh terhadap murtad diangkat menjadi sebahagian daripada teori dasar pemerintahan negara Islam (Mohammad Nidzam Abdul Kadir, 2018). Murtad disebut sebagai riddah dalam bahasa Arab. Al-riddah dalam sudut syarak kembali kepada kufur (Abu Bakar ibn Muhammad al-Husayni 1994). Kewajipan hukuman bunuh ini telah disebut dalam pelbagai kitab fikah.
Kredit: Outlook India |
Contohnya seperti yang disebut dalam mazhab Syafii, individu yang murtad diberikan tempoh bertaubat selama tiga hari. Jika masih enggan bertaubat maka hendaklah individu dibunuh (Abu Bakar ibn Muhammad al-Husayni 1994). Islam sangat tegas dalam menjaga pegangan akidah penganutnya kerana ia bukan sesuatu yang boleh dianggap remeh dan main-main atau dipersendakan. Hal ini jelas seperti yang dinyatakan di dalam Al-Quran mafhumnya:
“Dan sesiapa yang murtad di antara kamu daripada agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya. (Surah al-Baqarah (2): 217)”.
Terdapat NGO Islam juga telah mengesa pihak berkuasa menyiasat kumpulan G25 kerana telah mengkritik kedudukan keistimewaan agama Islam di negara ini. Hal ini juga menunjukan golongan ini seperti mahu mencabar perlembagaan dan kedaulatan negara secara halus tanpa mengunakan kaedah perang. Isu ini amat merunsingkan masyarakat umumnya golongan masyarakat Islam.
Selain itu, penafian hak autoriti agama boleh membawa kepada kerosakan akidah dan memusnahkan akhlak kehidupan masyarakat Islam di negara ini kerana kumpulan ini juga merupakan salah satu NGO yang menyokong golongan LGBT yang giat mempromosikan Transgender.
Ini jelas bahawa kumpulan G25 yang diangotai oleh Melayu Islam ini terlalu taksub dengan ideologi barat yang lebih terbuka tanpa mengira agama. Golongan ini juga mempunyai agenda yang jelas untuk menyingkirkan agama Islam daripada perlembagaan negara. Mereka seolah-olah bermain dengan hukum Allah SWT.
Gerakan ini jika dibiarkan menyebabkan undang-undang dan perlembagaan semakin tercabar dan lemah. Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan, perlu mengambil tindakan atau pendirian tegas dan bukannya berkompromi dengan golongan ini sehingga satu persatu hak keistimewaan agama Islam terhakis dari perlembagaan negara.
-Zulfahmi Amirudin (Sarjana Sosiologi)
Rujukan
Abu Bakar ibn Muhammad al-Husayni. (1994). Kifayah al-Akhyar. Beirut: Dar al-Fikr.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi. (12 Januari 2020). Kekeliruan Liberal mengenai hukum murtad. Harakah daily. https://harakahdaily.net/index.php/2020/01/12/.
Mohd Hafiz Ismail. (11 Januari 2020). Anwar saran ulama bincang kritikan G25. Sinar Harian. https://www.sinarharian.com.my/article/65535/.
Mohammad Nidzam Abdul Kadir. (2018). Hukuman Terhadap Tindakan Murtad Dalam Perspektif Masyarakat Majmuk Dan Keamanan Negara. UKM. Jurnal Hadhari 10 (2) (2018) 191-203.
Mohd Hambali Rashid, Siti Suhaila Ihwani, Nik Mohd Zaim AbRahim, Zaharah Mustaffa, Aminuddin Hehsan, Zulkifli Tukiman. (2017). Pengaruh Liberalisme Terhadap Masyarakat Islam Di Lembah Klang: Tinjauan Awal Pengaruh Dan Faktor Penularan. Prosiding Persidangan Antarabangsa Kelestarian Insan 2017. Ayer Keroh: Malaka.
Nazri Muslim & Ahmad Hidayat Buang. (2012). Islam Dalam Perlembagaan Persekutuan Dari Perspektif hubungan Etnik Di Malaysia. Jurnal Kemanusiaan Bil. 20. Universiti Teknologi Malaysia.
Nur Farhana Abdul Rahman & Nur Solehah Shapiee. (2018). Autoriti Agama di Malaysia: Kedudukan dan Kritikan. International Journal of Islamic Thought. Vol. 14: (Dec.) 2018.
Robin Augustin. (11 Januari 2020). G25 kritik undang-undang murtad. Free Malaysia today. Dari https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/01/11/.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan