4.6.20

8 Istilah Politik yang Ramai Salah Faham






1. Konsep kuasa

Ia  merupakan salah satu daripada konsep utama pengkajian politik. Segala kegiatan atau proses politik dikatakan berkisar atas persoalan kuasa. Konsep kuasa membawa pelbagai maksud dan ia terpulang kepada keadaan tertentu dalam masa istilah tersebut digunakan. Kuasa didefinisikan sebagai sejenis keupayaan atai ciri semula jadi pemerintah. Ia juga dianggap sebagai sejenis keupayaan untuk menyelesaikan masalah, melaksanakan sesuatu di mana manusia yang boleh mendatangkan sifat kestiaan di kalangan orang perseorangan. Kuasa juga bermaksud pengaruh, bercorak kawalan dan juga dikerah untuk mempengaruhi ketaatsetiaan rakyat. Jika ia digunakan secara berkesan ia boleh mempengaruhi tingkah laku orang lain

2. Politik

Usaha-usaha yang ditempuh warga negara untuk membicarakan dan mewujudkan kebaikan bersama:
   i. Politik ialah segala hal yang berkaitan dengan penyelenggaraan negara dan pemerintahan. 
    ii. Politik sebagai segala kegiatan yang diarahkan untuk mencari dan mempertahankan kekuasaan dalam masyarakat. 
    iii. Politik sebagai kegiatan yang berkaitan dengan perumusan dan Pelaksanaan kebijakan umum.  
   iv. Politik sebagai konflik dalam rangka mencari dan/atau mempertahankan sumber-sumber yang dianggap penting.

3. Kolonialisme

Istilah mempunyai dua pengertian. Pertama, bermaksud proses sesuatu kuasa mendapatkan kawasan petempatan baru melalui kaedah penaklukan dan penghijrahan. Kaedah penaklukan bererti perluasan penaklukan melalui tindakan ketenteraan. Kaedah penghijrahan pula bererti perpindahan rakyat sesebuah negara ke kawasan yang belum diterokai atau didiami orang lain. Pengertian kedua pula, kolonialisme merujuk kepada dasar melalui aktiviti imperialisme  Apabila disebut kolonialisme, terjelmalah kefahaman tentang masalah penindasan, penghinaan atau eksploitasi yang dilakukan oleh kuasa-kuasa imperialis Barat terhadap penduduk peribumi. 

4. Nasionalisme

Menurut Kamus Dewan, ia bermakna perasaan cintakan Negara dan bangsa sendiri. Nasionalisme secara umumnya menyediakan asas-asas yang sepatutnya kepada sesebuah bangsa dan negara bagi mempertahankan kumpulan negara bangsa supaya terus wujud. Nasionalisme telah menyediakan pegangan kukuh kepada setiap warganegara berkenaan apa yang harus dilakukan dan dimanfaat daripada perkembangan kesejagatan dunia yang berlaku. Oleh kerana itulah nasionalisme yang ada di dalam negara ini harus bersandarkan kepada nilai-nilai yang dapat dikongsi bersama oleh semua penduduk negara ini tanpa ada perbezaan.

 5. Patriotisme

Ia didefinisikan sebagai sikap-sikap positif dan menolong terhadap 'tanah air' oleh individu-individu dan kumpulan-kumpulan. 'Tanah air' atau 'ibu pertiwi' itu mungkin suatu bandar atau rantau, namun patriotisme ini memaksudkan bangsa dan/atau negara. Patriotisme meliputi sikap-sikap seperti bangga akan pencapaian dan budaya bangsa, kehendak memelihara ciri-ciri bangsa dan dasar budayanya, dan identifikasi dengan ahli-ahli lain dalam bangsa. Patriotisme dikait rapat dengan nasionalisme, dan istilah-istilah ini digunakan seolah-olah bersinonim dengan satu sama lain.Patriotisme mengandungi konotasi etika. Contohnya 'tanah air' ini sendirinya adalah satu taraf moral atau nilai moral. Patriotisme juga membayangkan bahawa seseorang wajar mengutamakan kepentingan negara berbanding kepentingan diri dan kelompoknya. Ketika peperangan, mungkin nyawa diri yang perlu dikorbankan. Gugur dalam pertempuran demi tanah air merupakan contoh tipikal bagi patrotisme ekstrem.

6. Revolusi

Sztompka memberikan gambaran bahawa revolusi merupakan puncak dari perubahan sosial.  Ia merupakan sebuah proses pembentukan ulang masyarakat sehingga menyerupai proses kelahiran kembali. Perubahan yang terjadi melalui revolusi mempunyai cakupan yang luas dan menyentuh semua tingkat dan dimensi masyarakat. Perubahan akibat revolusi bersifat radikal, fundamental dan menyentuh langsung pada inti dan fungsi dari struktur sosial. 

Proses perubahan tersebut hanya memerlukan waktu yang cepat, sesuatu yang bertolak belakang dengan konsep evolusi pada perubahan sosial. Sztompka memberikan gambaran bahwa revolusi merupakan puncak dari perubahan sosial. Revolusi merupakan sebuah proses pembentukan ulang masyarakat sehingga menyerupai proses kelahiran kembali. Perubahan yang terjadi melalui revolusi mempunyai cakupan yang luas dan menyentuh semua tingkat dan dimensi masyarakat. 

Perubahan akibat revolusi bersifat radikal, fundamental dan menyentuh langsung pada inti dan fungsi dari struktur sosial. Proses perubahan tersebut hanya memerlukan waktu yang cepat, sesuatu yang bertolak belakang dengan konsep evolusi pada perubahan sosial.

7. Konsep kemerdekaan

Ia membawa banyak maksud bergantung kepada kepentingan dan pendekatan. Umumnya kemerdekaan bermaksud bebas daripada kongkongan atau cengkaman sesuatu. Seseorang yang merdeka bebas untuk mengatur kehidupan diri sendiri dan bebas untuk melakukan perkara yang terhalang. 

Namun begitu, untuk mencapai kemerdekaan sebenar, seseorang itu semestinya mengikuti segala peraturan yang telah ditetapkan oleh masyarakat. Kemerdekaan sesebuah negara pula berkait rapat dengan kebebasan dari cengkaman penjajah. Rakyat sesebuah negara merdeka harus dapat mengatur diri mereka dan membangun tanpa terikat dengan negara lain atau negara yang pernah menjajahnya. Negara tersebut akan mempunyai pemerintah dan perlembagaan sendiri.

8. Leninisme

Ia merupakan sebahagian dari teori politik organisasi demokratik suatu parti politik revolusioner dan pencapaian demokrasi langsung kediktatoran proletariat sebagai awal dari sosialisme. 

Fahaman yang dikembangkan dan dinamai berdasarkan nama pemimpin Revolusi Rusia, Vladimir Lenin (1870–1924), ini terdiri atas teori politik dan ekonomi sosialis yang dikembangkan dari Marxisme dan penafsiran peribadi Lenin terhadap teori Marxis yang sesuai dengan keadaan sosial masyarakat agraris di Kekaisaran Rusia (1721–1917). 

Dalam praktik revolusi, Leninisme membalik urutan filosofi Marxis mengenai ekonomi di atas politik sehingga memungkinkan terjadinya revolusi politik yang dipimpin oleh partu pelindung revolusioner daripada harus menunggu terjadinya revolusi kelas buruh di perkotaan secara spontan sebagaimana yang dinyatakan dalam Marxisme. 

- Mr. Lolento

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Apa jadi dengan Eropah ketika Black Plague?

    Pengenalan Eropah sebelum memasuki pertengahan abad ke-14 hanya diserang oleh penyakit-penyakit biasa yang tidak memudaratkan penduduk d...