26.11.19
Gerakan Sosial Di Borneo Utara: Penelitian Terhadap Barisan Pemuda, 1946-1948
Penulisan ini hanyalah catatan ringkas berkenaan gerakan sosial yang telah dilakukan oleh sebuah pertubuhan di Sabah/Borneo Utara sekitar tahun 1946 – 1948 iaitu Barisan Pemuda North Borneo (BARIP). Perbincangan lebih menjurus kepada kerangka gerakan sosial lantaran, impak daripada tindakan yang telah dilakukan oleh BARIP berupaya ‘menjentik’ pemerintah kolonial British dan melindungi para ahlinya (kebanyakan buruh ladang). Tulisan ringkas ini bertujuan menyatakan secara ringkas konsep gerakan sosial lama serta kegiatan yang telah dilaksanakan oleh BARIP sepanjang penubuhannya.
Isu tabik Hitler tular di pentas majlis graduasi, tanda gagal sejarah?
Nama Adolf Hitler sememangnya tidak asing lagi dalam
pengetahuan sejarah yang telah diajarkan dalam sistem pendidikan kita. Majoritinya bagi yang beragama Islam, mereka melihat
tindakan Hitler ini sebagai satu jalan penyelesaian terutamanya dalam menghapuskan
bangsa Yahudi daripada terus merosak dan menguasai dunia
Namun, bagi komuniti Yahudi dan Barat, pemikiran yang
cenderung menyokong Hitler adalah dilihat sebagai satu bentuk anti-semitisme. Mereka dimomokkan dengan sejarah lampau yang dianggap
mengaibkan bagi mereka. Sebaliknya, tindakan mereka kini tidak jauh beza dengan
apa yang mereka lakukan terhadap penduduk Palestin di Gaza.
9.10.19
The English School : Apabila Realist dan Liberal bergabung
Kredit: E-International Relation |
The English School adalah istilah yang dicipta pada tahun 1970s
untuk menggambarkan masyarakat antarabangsa adalah objek utama analisis yang
diilhamkan oleh sekumpulan terutamanya penulis British (Jones 1981; Linklater
and Suganami 2006). Antara tokoh-tokoh yang berpengaruh dalam The English School ialah Hedley Bull,
Martin Wight, John Vincent and Adam Watson dalam era antara pertengahan 1960s
dan hujung 1980s. The English School kekal sebagai satu pendekatan yang amat penting terhadap hubungan
antarabangsa walaupun pengaruhnya mungkin lebih banyak di Britain berbanding
masyarakat lain seperti yang diajar dalam hubungan antarabangsa.
16.9.19
16 September dari Perspektif Borneo
16 SEPTEMBER 1963 - 2019
Sempena tarikh kemerdekaan kita yang diraikan dengan gilang-gemilang, diberkati dan juga sebagai mercu kepada terbentuknya persekutuan Malaysia, sudah tentu kita sebagai generasi muda tahu bahawa tarikh keramat ini merupakan hasil paling asbtrak terhadap keamanan, perpaduan, dan pencapaian negara hasil dari pencantuman Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, & Sarawak.
6.9.19
Betulkah Manusia dari Afrika?: Teori "Out Of Africa" dan Kelemahannya
Banyak sebab yang sudahpun menerima teori ini sebagai teori kedatangan manusia dan bertanggungjawab dalam naratif penyebaran manusia ke seluruh dunia. Jom baca!
28.8.19
Malaysia ditubuhkan kerana Singapura?
25.8.19
Ada kata Berita Hutan Amazon Terbakar itu Tipu. Kami ringkaskan ceritanya
21.8.19
Pasti Anda tidak Plagiat? Baca ini
PENGENALAN
Dari tahap pelajar
sehinggalah ke tahap professor, istilah plagiarisme bukanlah perkara yang
asing. Hal ini kerana, plagiarisme telah menjadi budaya dalam kalangan penuntut
ilmu yang telah mengetepikan prinsip etika dalam melakukan sebarang tugasan berbentuk
tulisan dan bukan tulisan. Tambahan pula, kemudahan dalam mengakses maklumat pada
zaman kini yang serba canggih telah memperluaskan lagi kegiatan salah laku
plagiarisme.
Kredit: Compilatio |
13.8.19
Ini Kisah Kami
Assalamualaikum kepada pembaca sekalian,
Setelah beberapa lama duduk di Facebook, kami memutuskan untuk membuka cawangan baharu ke Blogspot pula. Keputusan ini diambil agar kami dapat menulis dengan lebih bebas, terbuka dan lebih terperinci berbanding terbatas dalam kotak hantaran Facebook semata-mata.
Untuk sesiapa yang baharu sahaja mengenali kami, boleh baca kisah kami:
Langgan:
Catatan (Atom)
-
Perkembangan dan Peranan Sistem Feudalisme dalam Sejarah Korea Kredit: Wikipedia
-
Assalamualaikum kepada pembaca sekalian, Setelah beberapa lama duduk di Facebook , kami memutuskan untuk membuka cawangan baharu ke Bl...
-
Tingkah Laku Seks bebas Dalam Kalangan Remaja Malaysia Menurut Perspektif Teori Pilihan Rasional. Kredit: Netralnews.com
Apa jadi dengan Eropah ketika Black Plague?
Pengenalan Eropah sebelum memasuki pertengahan abad ke-14 hanya diserang oleh penyakit-penyakit biasa yang tidak memudaratkan penduduk d...